by marrie
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta Selamat Tahun Baru Hijri yang ke 1434
Pada suatu hari, anda kerja kerja kerja dan kerja. Harini tahun baru, dan esok anda masih diberi peluang mencurahkan khidmat di tempat kerja anda. Padahal, selama anda bekerja bukanlah bagus sangat kerjanya. Penat sikit, rehat. Stress sikit, 'bersenam'. Konon konon nak gain momentum balik. Sikit sikit complain. Yela, kalau dah bercerita kan ikut sedap mulut je nak cakap. Tak terfikir consequencesnya. Ada la sekali sekala anda bimbang akan dipecat suatu hari nanti. Sebab ramai lagi pekerja pekerja yang jauh lebih bagus dari anda, sampaikan anda terasa tak diperlukan lagi.
Tapi tahun ini, anda diberi peluang lagi untuk terus berkhidmat ditempat kerja anda. Bos anda tahu anda tak sengaja curi tulang, tak sengaja complain complain. Sebab bos anda tahu, anda masih sedang dalam proses belajar. Dengan harapan, anda akan menjadi pekerja yang lebih baik. Oh, memahami sungguh bos. Terharu. Jadi, tahniah saya ucapkan!
Tahniah saya ucapkan atas kejayaan anda dalam kerjaya sebagai khalifah. Semestinya, anda diberi peluang untuk menjalani tahun baru untuk menjadi pekerja yang lebih baik, iaitu khalifah yang lebih baik. Betapa fahamnya 'BOS' kita yang mengerti bahawa kita sedang bertatih belajar menjadi seorang khalifah.
Kalau kat tempat kerja, bos suruh join seminar seminar, training lah bagai. Punya lah berusaha nak jadikan anda pekerja yang lebih baik. Kalau dalam realiti, anda sendirilah kena menghadiri majlis majlis ilmu, forum ilmiah, lepak dengan orang yang berilmu dan berpengalaman. Kaitkan perkara yang dibualkan dengan hidup anda sebagai pembakar semangat untuk menjadi khalifah yang lebih baik.
Sekali lagi TAHNIAH dan SEMOGA BERJAYA!
Oh, sebenarnya tadi nak cerita pasal pakapow.. ni dah melencong, sampai terpaksa tukar tajuk entri.
No comments:
Post a Comment