Monday, November 12, 2012

melankolik

by marrie

Rakan,
Jika telah ketemu akan ruangan ini, aku ingin katakan yang aku sedang bersedih. Sedih akan keadaan semasa. Apa pantas ku untuk merubah semua? Aku hanya mampu usaha. Andai usaha ku bak air yang lalu ke daun keladi, moga aku terus tabah mencurah hingga daun meluruh.

Teman,
Sanggupkah aku melihat kau begitu? Tegarkah aku membiarkan? Biarlah kau terasa jengkel akan perbuatan ku. Yakin kau 'kan faham suatu hari pasti.

Sahabat,
Aku masih belum ingin rebah. Kudrat ku masih bercambah. Bukan masa untuk aku tak endah. kerna ku kesah. Letih ku bukan alasan untuk menyerah. Ada musuh yang tak zahir perlu diredah. Kau, Aku, berganding langkah.

Saudaraku,
Aku melankolik

No comments: