Saturday, November 17, 2012

Hari Dua (Mari Menampar Diri)

by marrie

Hey hey~!

Tahun Baru (Hijri) kali ni macam ada tema; Pray for Palestin Gaza, Syria. Serious, memang taktau pape pun sampai ingatkan Palestin and Gaza tu dua tempat yang berbeza. Sampai apa-apa term berkaitan pun taktau. Apa, Hamas?? SERIOUSLY taktahu. Dah rasa macam loser. Yes, loser is a feeling.

So, cuti cuti ni la time nak buat study study extra. Di-suggest-kan untuk membaca ini. Blog encik ni memang tulisan blogger yang paling saya kagumi, so far. Bacaannya, somehow, mesra pembaca. Emmm.. He somehow made Islam so friendly. Tapi, kadang kadang macam lost track post post beliau. Yela, setiap post beliau bole kata berjela juga. Ehem.

Dalam post beliau yang telah saya link-kan tu, beliau gunakan ayat dari surah al-Isra'. Mari kita dive surf surah ini sambil terasa tertampar tampar dan tawadhu', inshaALLAH.



"And man supplicates for evil as he supplicates for good, and man is ever hasty." [17:11]


Oh, tidak terasakah anda?? '...man is EVER HASTY.' Akulah orangnya tu. Nak dapat hasil cepat je. Usaha sekangkang kera, dah nak give up. Baru dikritik sikit, dah tarik muka. Aish, makin loser rasanya. Ada lagi.


"Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati." [17:28]

Untuk faham ayat ni, kena baca dari ayat 26. Kadang kadang bila terjumpa makcik pakcik menebalkan muka mengemis di tepi tepi jalan dan laluan, sering juga buat dono seolah olah diorang tak wujud kat situ. Eish, malu tahu, malu! Rugi tak rugi aku sebelum nih. Rugi weyhhh..! Buat dono sebab, kita fikir duit yang kita ada tu tak cukup untuk kita. Padahal, bole je at least senyum ke, bagi salam kat dia. Ni, avoid eye contact lagi ada. Sengal tak sengal. Urgh!!

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; ..." [17:36]

Ha. Yang ni memang linked lah dengan ayat 11 tadi. Sebab terburu-buru, malas nak study lebih lebih. Punca, sebab dan akibat sesuatu benda tu. Samala macam zaman shuffling top dulu. Kalau tanya para shufflers time tu, diorang tu pakai ikut je member member. Member nak shuffle, dia pun nak ikut shuffle. Pengaruh rakan sebaya betul. and, I think I'm doing it now. Errr..
The problem is, kita ingat kita dah cukup tahu tentang satu satu perkara tu. Padahal, the more we know, the more questions will arose. Betul tak? Aku rasa betul.

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, ..." [17:37]

Yang ni, sangat menjadi masalah pada diri sendiri. I'm wordless. Anda muhasabah lah sendiri. Maaf.

"Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapi-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran al-Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri." [17:46]

Na'uzubillah min zalik. May Allah protect us from that. Kalau diingatkan, bila kita kata tanaklah jadi 'alim' sangat. Bila kita takut nak berpasangan-kan dengan orang yang 'alim'. Apalah yang terfikir bila kita tanak dekat dengan 'alim'?? (fyi, alim adalah perkataan Arab yang bermaksud berilmu) Tapi, nak berubah tu bukan sesuatu yang mudah simple dimple mahupun pimple. Semoga kita makin menghampiri iman. Untuk lebih rasa tertampar, bacalah dari ayat 45 sampai 52.

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yg beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yg amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran) ... " [17:53]

Haha. Tertampar tak? Kalau tak, takpe. Kami buleh tolong tamparkan. Bila kita dah rasa cukup baik, konon iman dah mantap lah, kita cepat je buruk sangka kat orang. Cepat je nak mengata orang tanpa segan silu. Orang tu je yang salah, kita je yang betul. Padahal, sila rujuk ayat 84.
Hurmmm... Diri sendiri pun ada masalah. *mourn

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa." [17:83]

Perkara yang paling sering kerap berlaku. Bak kacang melupakan kulit. Dah dapat apa kita nak, lupa diri. Lagi teruk, tak sedar pun kita dah diberi nikmat. Masa, sihat, hidup, sempurna anggota, etc. Bila susah sikit, lepas tangan camtu je. Wah, wah, wahh...! Ingat hidup tu senang? Susah tahu, susah!!

"... dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut." [17:100]

Silalah relate ayat ni dengan ayat 28, ayat 37 tadi. Dapat barang bagus, rasa seronok sorang sorang je. Hadui.. Lebamlah muka akibat ditampar tampar dek ulasan sendiri. Teringat pulak kat satu kata kata ni, dia kata selagi kita tak layak terima bayaran zakat (iaitu tak masuk list asnaf), selagi tu lah kita mampu untuk menderma dan menyumbang. Deep, deep...

"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang ulang kepada manusia, di dalam al-Quran ini, dengan berbagai bagai contoh perbandingan(yg mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran." [17:89]

Jomlah sama sama kita check kenapa kita still tanak ikut syarak walaupun dah berulang ulang kita diingatkan. Sampai bosan dengar. Tapi, bagi yang memahami dan mendalami, takkan jemu dengar pesanan dan teguran. Semoga tamparan tamparan yang membekas ni tak sembuh sembuh, so that kita sentiasa ingat yang kita ada misi! YEARGHH.! And lastly but not leastly, ...

"Dan pohonkanlah: 'Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku'." [17:80]

Lepas kena tampar tampar, inilah antara doa yang ada dalam surah ni.

Maka dengan itu, benarlah firman ALLAH yang Maha Agung.

No comments: