Saturday, July 7, 2012

Jemah had ENAF!

by marrie

note: post serious ahead.


Hadirin (blog) sekalian, adakah anda sedar akan wujudnya Law of Attraction?  Suatu ketika, pernah terlintas akan perihal yang disebut. Di mana pentingnya positivity dan negativity sikap seseorang itu terhadap hidupan yang lain, lalu hidup anda secara menyeluruh. Secara dasarnya (dibaca: basically), jika seseorang itu bersikap positif, orang2 di sekelilingnya juga akan menjadi positif, dan juga sebaliknya.

Saban hari, saban bulan (mungkin saban tahun juga), Jemah cuba apply Law of Attraction. Iaitu dengan seboleh-bolehnya menahan diri dari menampakkan sifat negatif seperti marah, sedih, annoyed, nak temuntah, dll. Namun, ada kalanya  Jemah  gagal menahankan dari mempamerkan rasa sebenar  Jemah  (sebenar di sini bermaksud rasa2 negatif tadi), dek tercabar akan sikap segelintir manusia dan perangai.

Sifat luaran  Jemah  yang sedia ‘sombong’, ‘berlagak’, dan ‘garang’ (juga yang lain2 sewaktu dengannya) membuatkan  Jemah  gagah menahankan perasaaan negatif  Jemah  . Matlamat  Jemah  dlm eksperimen ciptaan aku ini adalah utk berkawan dengan seramai manusia yg  Jemah  mampu dan membuktikan yang  Jemah  tidak sombong. Ya, matlamatnya sangat mementingkan diri sendiri.

Semenjak dua menjak, banyak pula perkara yang berlaku. Meluaskan pemerhatian Jemah, menjitukan konklusinya. Pada kebiasaannya, jika jiwanya tak tertahankan geram dan marah, nescaya akan Jemah titiskan air mata demi melegakan duka lara, mengadu pada yang ESA. Tapi kali ini, ego Jemah gagah. Sehinggalah Jemah tewas dan sedih akan sikap segelintir yang bernama sahabat. Yang membuatkan Jemah bersika dingin dan seakan putus asa dengan eksperimen sepanjag hidup tadi. 

"Maaf, ya. Niat Jemah untuk melegakan hati. Pinjam jap post SAMASUMO the sekuk marrie. Niat Jemah untuk mengajarkan mereka. Agar jika lepas ini, mereka tahu apa rasanya, apa rasa mereka yang lain. Yang lebih penting apa rasa mereka. Jemah terpaksa bertindak sedemikian, agar mereka tak menyakiti hati Jemah lagi dan hati-hati mereka yang lan, juga hati mereka sendiri. Jemah ingin perkara ini dan itu terkesan sehingga ke dasar dan lubuk juga ceruk jiwa mereka. Juga jiwa Jemah," kata Jemah.

Sedang  Jemah  memerhatikan eksperimen hidup nya ini, matlamat baru tercipta; Menjadikan mereka insan yang lebih baik, di samping menjadikan diri sendiri muslimah yang lebih baik. Matlamat  Jemah  besar.  Jemah  berpisah bukan kerana kepentingan diri semata-mata.  Jemah  fikirkan juga sebab dan akibat daripada perpisahan itu. Harap mereka boleh faham.  Jemah  yakin, mereka akan faham.

Jika mereka bersikap tidak seperti yang  Jemah  harapkan,  dia cuba fahamkan situasi mereka. Apa yang menyebabkan perubahan itu. Oleh itu,  Jemah  juga mengharapkan yang sama. Namun, seperti yang disebut, mereka mungkin tidak akan melakukan seperti yang diharapkan.  Jemah  redha.  Jemah  tak salahkan mereka jika mereka tak memahaminya.

Rakan dan sahabat sekalian, 
dalam besahabat perlu ada tolak ansur, perlu ada pahit, perlu ada manis, perlu ada naik dan turun, pasti ada iri dan dengki, pasti ada sakit dan pedih yang amat, pasti ada sunyi, pasti ada perpisahan dan yang paling penting pasti ada sayang. Biar sedikit, perlu dan pasti ada. Mengapa perlu dan pasti ada? Demi mematangkan diri untuk menghadapi dunia yang penuh pancaroba dan ragam, sahabatku. Kelak, kalian akan berkeluarga dengan entah siapa yang tahu. Gunakan pengalaman kalian sematangnya.

Oleh itu, berbalik kepada Law of Attraction. Sebelum memulakan bicara, sebelum menghakim dan menghukum, tarik nafas berfikir sejenak. 

Rabbisy-rahlii-shodrii-wayassirlii-amri-wahlul-u’qdatam-min-llisaani-yafqahu-qauli. Amin.

"Cabaran baru menjelma; aku tidak sombong dan garang, aku tidak gedik dan manja.

Cabaran untuk kalian; aku rasa Berjaya, kau ada rasa yang sama?"
-Jemah pasrah, bang.