by marrie
Apakah kesnggupan seorang leaki untuk membuktikan 'cinta'nya kepada seorang perempuan? (Ini kes mereka yag belum berkahwin. Kalau dah kawin aku tak kesah)
Salah perempuan itukah
Jika lelaki itu sanggup berhabis belanja, berkorban masa demi 'cinta'nya
Tanpa memberi peluang kepada perempuan itu untuk membuat keputusan?
Salah lelaki itukah
Jika perempuan itu menarik muka apabila dilayan salah?
Adakah perempuan itu masih bersalah
Sedangkan dia dipaksa untuk menerima pengorbanan lelaki itu?
Adakah lelaki itu masih bersalah
Sedangkan perempuan itu men'damba'kan pujukan dari lelaki itu?
Apa guna setiap pengorbanan kalau tak berbayar dengan ikatan yang sah?
Tidak letihkah mereka sering mempermain dan dipermainkan?
Cukup. Bagiku, cukuplah dengan kesilapan dulu.
Tak mampu aku menanggung beban yang bukan beban aku.
Tak pingin aku membandingkan pasangan ku dengan 'bekas-bekas' pasangan ku.
Kerana tiada yang sempurna selain Nya.
Akan tetapi,
Apakah tugas ku untuk menyedarkan mereka yang masih terbawa akan arus duniawi?
Deras.
Deras arusnya bak aliran dia air terjunan.
Pingin sekali aku tarik mereka ke tepian.
Menceritakan pada mereka bagaimana harus bercinta.
Cinta yang kekal abadi.
Aku pingin mereka impikan apa yang sedang aku impikan.
Impian yang bukan sekadar angan-angan.
Impian yang mampu jadi kenyataan.
Teman,
Aku bukanlah orang yang tepat untuk bercerita.
Bukan yang tepat untuk bersuara.
Oleh itu, timbalah ilmu selagi qudrat masih ada.
Ilmu yang membawa kepada syurga yang dirindu.
Ini mampuku untuk berkongsi bersama.
Akan ku nanti setiap detik demi perkongsian darimu pula.
No comments:
Post a Comment