by marrie
Greetings, Para Blogwanderers!
Baru-baru ni aku baru tahu yang jiran aku ni popular sebenarnya. Wa haa! Beliau ada base yang kuat, saya kira. Hoho. Terimbas akan suatu ketika dulu, bila aku pinginkan perhatian. Mahukan mereka tahu dan sedar akan kewujudan aku. Huh, pelik. Gila publisiti bak kata orang-orang zaman tu.
Akhirnya aku tak jadi orang popular pun. Hm, tak hingin kot. Sebab satu hari, aku sedar yang nak jadi popular ni leceh. Yeah. Berlakon jadi orang lain? Belanja macam-macam hanya kerana (just because) ingin jadi hebat di mata mereka dan dia dan... umm.. dia. Mahu tunjuk belang yang kita pun boleh, hello~!
Berbalik kepada jiran popular tadi, fuh! Kasihan ya tuan-tuan, kasihan. Aku memang tak kenal dia, tapi aku rasa sedih bila tengok dia. Rasa cam nak jadi kawan dia, beritahu apa yang dia perlu tahu. Memang, aku sendiri pun takde la nak tahu mana. Apa yang dia perlu tahu? OK. Dari apa yang aku tengok, dia ni lost. Like I was before. Lagi yang buat terasa cam nak berkawan ni, sebab kelihatannya dia bersedia untuk belajar dan memperbaiki.
Hmm. Berselirat. Mungkin dia tak tahu itu dosa. Mungkin, dia tak tahu apa yang dia tak suka tu adalah baik untuk dia. Mungkin dia tahu itu adalah dosa, tapi keliru. Mungkin dia tahu itu adalah dosa, tapi dia tiada motivator yang menyokongnya. Aku taktahu musibah dia.
Sayangnya. Aku sangat harap yang hidayah dan taufiq tu benda yang sama. Sangat berharap hidayah dan taufiq datang bersama (comes together). Tapi tidak. Oho, tidak. Huwwahh, tidakk!
Tapi sebab tu la ganjaran dia mahal semahal-mahalnya, betul?
No comments:
Post a Comment