HAI PARA BLOGWANDERERS!! mesti korang tengah rasa malas malas nak buat benda yang sepatutunya korang kena buat, thus korang blogwandering sekarang sampai tersesat ke samasumo..?? kan? Jadi, tahu tak kenapa korang sering merasakan perasaan malas?? Para blogwanderers sekalian...... Terimalahhh.....
so,semalam while bosan bosan pada cuti semester (marrie's on semester break,and biskut just starts semester baru semalam) seperti biasa.....dengarlah radio sikit..ada slot 'Islam Itu INDAH'. bersoal jawab dengan seorang professor yang apparently seorang doktor mata sebelum bergelar professor. (ramai callers call tanya dia bukan pasal topik yang dibincangkan, tapi pasal mata. yea, menarik jugaklah..kadang kadang kelakar juga..)
She talks on.....hmmmmm...aaaa......okeh, I wasn't focused masa tu. But basically, dia ada sentuh pasal malas..
"Kenapa kita malas,"
kata professor tu. Lalu menjawab dengan tegas (maybe sebab bengang dengan callers yang tak habis habis tanya soalan cliche kot..),
"kita AKAN berasa malas sebab kita tak faham kenapa kita kena buat sesuatu pekerjaan tu."
Lebih kuranglaa professor tu cakap... dah kata tak focused masa tu..
Aku pikir gak..pernahla pikir..kenapala kita sering malas...at least marrie la yang sering malas. Kalau buat benda benda yang melekakan dan tak mendatangkan profit jangka masa panjang, rajin je.. Bila comes to buat benda benda yang bermanfaat sikit, memanglah malas...!
Bila pikir pikirkan balik kata kata professor tu, ada betul jugak. Kita tak faham kenapa kita kena buat benda yang kita malas sangat nak buat tu.. contoh bagi paham sikit, marrie seorang yang malas study. Nak nak bab bab membaca current issues ni. sebab apa? Sebab marrie tak faham hujung pangkal cerita 'current issues' tu tadi. Boleh kata macam kita terserempak dengan dua orang kawan yang tengah berborak, tetiba kawan kita tu cakap, "tu yang Kamal cakap camtu kat Kinrara..". Mestila kita tak puas hati lantas nak tahu apa yang Kamal cakap kat Kinrara. Nak di-apply-kan kat topik malas kita ni tadi, kalau kita kenal Kamal, kita akan RAJIN nak tahu cerita Kamal-Kinrara ni tadi. Tapi kalau si Kamal ni tadi musuh/dibenci kita, mestilah jugak kita akan MALAS nak tahu cerita diorang.. Tamat kisah Kamal, Kinrara, kita dan kawan-kawan.
poin yang nak disampaikan adalah kalau korang rasa malas malas, cuba cuba la faham kenapa korang kena buat kerja tu..deeply. Contoh lagi, marrie malas study. so, marrie ada dua options;
1. give up studying and quit, thus habis burn 'pelaburan' mak bapak kita bayar yuran, elaun tiap tiap bulan, Padahal taktahu pun apa nak buat lepas quit tu.
2. bagi diri sendiri kata kata semangat cam "kau loser,benda senang camni pun kau takle nak buat,buat malu kaum je" Lalu tercabar dengan diri sendiri dan teruskan perjuangan sebagai cabaran hidup, so that bila berjaya nanti (atau tak) boleh cerita kat kengkawan/sedaramara/pasangan hidup/anak cucu sebagai pembakar semngat diorang pulak. Which is cooler and puts more colour to your life.
Bila ada dua options nih and think hard enough, kita akan eventually nampak perjuangan kita kat situ. Lalu takde masa nak pikir malas malas nih.
Akhir kata young padanjas (padawan+ninja=padanja), rajin rajinkan lah diri kerana malas itu adalah penyakit yang paling bahaya didunia! what matters is the effort, and success will follow. Even the best man of all pun mintak dijauhkan rasa malas malas nih.
“Rasulullah (saw) berlindung kepada Allah dari lapan perkara: rasa cemas, sedih, malas, bakhil,takut, lilitan hutang dan penindasan musuh.” (HR. Ahmad)
No comments:
Post a Comment