by marrie
salam sejahtera ke atas anda semua..
Cerita seorang budak, bercita-cita
Impian yang tinggi, setinggi
awan di langit.
Katanya,
"Aku ingin jadi pelukis! Ingin ku lukis alam yang penuh rahsia."
Lalu dia melukis
Panorama di matanya, penuh cerita.
Katanya,
"Aku ingin jadi pencerita! Mencerita di luar imiginasi."
Lalu dia bercerita
Tentang hidup seperti perjalanan
air melengkapi proses kitarannya.
Katanya lagi,
"Aku ingin menjadi seseorang
Yang membanggakan kerabat."
...
Terdiam. Buntu.
"Itu saja yang aku mahu."
Budak itu berlalu,
Kembali pada realiti.
Kembali.
Tunduk, menghinakan diri,
Pada Penyusun Waktu
-Pemilik segala Rahsia.
"Aku manusia biasa,
Engkau jua yang menentukan"
Tak tercapai awan
Akan manusia biasa.
Amin..
No comments:
Post a Comment