Iklan yang tak tunjuk susu pun tapi more to conveying the message to thank mothers yang buat orang pikir(or me) "iklan pe ni terima kasih ibu..." last last kuar brand Dumex. Bijak!
maybe korang dah boleh agak what this post will be about.
Well its my list of terima kasih dalam bebanyak list lagi to my awesome mother! I love my mother! And and sayang sangat semua ibu ibu yang hebat di seluruh dunia termasuk kucing saya yang baru menjadi ibu 3 ekor anaknya :')
and and takjub ngan kuasa Allah untuk buat ibu ada instinct bila anak rasa susah or suka hati walau di mana kita berada(alami ni semalam memang a slap in the face nak buat entry ni).
and some applies to my dad as well.
Terima kasih sebab kerja kuat sampai sakit sakit badan dengan hours yang panjang tetapi tetap pulang dan sediakan dinner
Terima kasih sebab tak pasang astro sampai kitorang adik bradik dah besar
Terima kasih sebab ajar saya makan ulam ulaman dan sayur sampai saya takleh makan kalau takde sayur
Terima kasih sebab ajak(paksa sikit) kitorang tak tinggal sembahyang terawih time bulan puasa masa kecik walaupun kitorang memang liat dan malas. Bab moreh laju je.
Terima kasih sebab langgan surat khabar News Straits Times dari dulu supaya saya improve English saya
Terima kasih kerana membuatkan saya tengok semua shows kat channel yang free masa kecik. Kalau mama(dan papa) pasang astro might be saya tak tengok cerita cerita dokumentari yang padat fakta tu.
Terima kasih sebab enrol saya masuk Kumon walaupun homework memang selalu tak siap and still enrol saya walaupun saya cakap taknak pergi sebab tak nampak keperluan time tu sekarang dah besar sikit baru saya tauuuuuu
Terima kasih sebab selalu percaya saya
Terima kasih sebab kejut saya bangun pagi
Terima kasih sebab bagi saya kebebasan yang saya nak, percaya kan saya bagi saya keluar rumah pergi jalan jalan sendiri
Terima kasih sebab ajar saya cakap TERIMA KASIH
Terima kasih sebab pasang aircond kat bilik saya dan kakak tapi bilik mama dan papa takde aircond
Terima kasih sebab masukkan saya dalam sekolah agama walaupun saya selalu ponteng
Terima kasih sebab pakaikan saya gaun cantik cantik masa kecik
Terima kasih sebab buat rasa saya berharga
Terima kasih sebab menyuarakan rasa tak puas bila dengar lagu lagu saya lalu suruh tukar dan pasang radio IKIM dan lembutkan hati saya kerana dengar sekali
Terima kasih kerana menyayangi saya dan masih menyayangi saya walau saya buat benda bangang banyak
TERIMA KASIH MAMA. <3
No comments:
Post a Comment