Masa balik kelantan baru baru ni tiba tiba terpanggil nak tulis about the norms of life in bandar and kampung which differs and esp kelantan where everything is so uniquely kelantan...i sounds so exxagerating but thats the fact sebab yang paling obvious masuk je kelantan semua jadi kelantan.
Bahasa kelantan memang everywhere ah,kalau pegi pasar lantak kau sape takde sape kesah kalau kau nak cakap macam biasa hape ke semua orang cakap ngan kau bahasa kelantan cam tak heran kau paham ke tak lantak kena selam jugak bahasa kelantan ewahh.
Mungkin korang nak cakap aku cheesy ke apa tapi seriously bila balik kelantan and semua orang kecekk kelate and layan sama je semua orang tak kisah kau pakai baju cantik ke kau pakai purse LV ke kau pakai baju semalam ke semua pun cakap kelantan and selalu rasa warm and macam kenal ngan semua orang.
Contoh cam : saya"kak topup ada?"
orang kedai"topup gapo dek?kalo hok maxis habih..ado hok celcom jah"
Bukanlah nak cakap wah heaven nya kampung aku tapi one thing about the ppl in kelantan that is diorang sangat genuine...maybe genuine is not the best word..but senang cerita dorang sangat original ah.Anyway...this is not the core point of this post.
Sebenarnya nak cerita pasal rumah atuk belah papa yang agak cam kelawakkaannn gak cam mesra habis....mungkin korang rasa biasa kalau korang rapat ngan jiran sebelah rumah atau jiran 40 rumah keliling tapi kat subang ni aku rasa takde lah sangat diamalkan semangat ukhuwah sebagaimana diamalkan dikampung kampung termasuklah kampung aku kat kelantan tuh.
Macam biasa bila hari raya or ada sambutan apa apa yang menjemput semua orang datang rumah,aku ngan kakak kakak aku or sekarang kakak sorang je(lebih sesuai kakak shj sebab nak gambarkan singular..ok bye) cam selalu ah duk atas rumah tu pastu salam salam dengan semua orang punyalah dengan tudung hitam duk jawab anak encik ***** bila orang tanya anak sapa nih.Pastu bila orang tu dah pergi menjamu selera,aku ngan akak mula ah pandang each other tanya..."sape tu weh?"...seperti biasa jawapan akan "mana orang tau..." "pastu yang dia salam cam bagus tu mendenye" "dah orang tu nak salam orang pun salam je ah" "tu ah..orang tak penah tau sape orang orang ni(dont be offended bukan korang loser aku tak kenal korang tapi tak penah tau nama and relation korang ngan kitorang sebab sebab kitorang anggap semua orang family! ok menipu ah tapi sebab selalu nampak maka ambil mudah je ah dan assume yang diorang yang datang tu sepupu papat jauh and so on)".
Macam lawak jugak bila tengok semua orang yang datang pastu kitorang nampak buat bodo je takat salam cukup syarat takde laga laga pipi ewahhh sweet nyerrrrr cayuunkkk 4eva sebab nak sambung tengok tv ngan baju selekeh pakai kain batik je walhal orang lain pakai liplap ok maybe not tapi dorang pakai pakaian yang perlu digosok ah cheit maju ah korang aku pakai tshirt good charlotte dapat free jerr tsskk.
Tak tau mesej dah disampaikan ke belum iaitu kat rumah atuk aku tu(dan korang pun maybe in common ah takyah nak cakap ehk eleh biasa ah tu poyo nak masuk blog takat cita masuk darjah satu yang sememangnya berjuta masuk darjah satu) sangat sempoi ngan semua orang dan agak tak pelik jika ada orang tetiba datang rumah kau bila bila masa at any hour (maksud sama hmpph) jadi rumah tu sentiasa kena ready kemas tiptop sangat beza ngan rumah di subang dimana tetamu perlu ringring 'i nak datang rumah you esok pukul 5' pastu kelam kabut nak kemas kasi nampak lantai.Kadang kadang cam lawak jugak bila cuba kau bayangkan keluar keluar bilik skali nampak muka yang lain yang tak kenal,kalau muka makcik sejuk hati jugak mungkin ingat orang tu nak hantar pulut ke apa tapi ini budak kecik lelaki or budak perempuan mesti ah agak pelik sebab 'eh pahal ni sape budak ni aku tak kenal pun' tapi ada dalam rumah tetiba rupanya nak hantar nasi yang mak dia masakkan atau amik mangkuk tingkat yang dihantar siang tadi.
Hah, semalam ada contoh gak sebelum bertolak balik subang kakak aku tengah kemaskini beg nak masukkan dalam kereta dekat pintu besar rumah atuk aku dalam keadaan membelakangi pintu tu tetiba dalam senyap senyap tu ada suara kecik/halus(saja je padahal suara budak..kasi drama ah baiii...eeee bai?!?!!)
"assalamualaikummmm"
*kakak aku dah pikir lain...dalam hati "eeeehhh apalah pulak ni...jangan jangan hantu ke apa niiii kat belakang aku..ee tanak pusing tengokkk" tapi tengok jugaklah sebab dah orang tu bagi salam takkan nak stone je heehooo
*bagi makaroni dalam bekas plastik
"apa ni?(cam nak mesra lepas lega bukan puaka mana mana cuma budak perempuan)
"makaroni,mak bagi"
"ohh,tima kasih(tapi takdapat gambaran pun siapa mak dia..siot je akak aku ni)"
*Balik rumah
No comments:
Post a Comment